Saturday 2 November 2013

17 : Ar Rumaisa'

Sebenarnya ini nama usrah anak-anak didik. Semalam mereka datang menziarahi saya, sekaligus merupakan sesi taujihad sebelum mereka memasuki gerbang SPM  bermula 6 hb November minggu depan. Agak sedih mengenangkan, mereka bakal pergi meninggalkan bumi MTS ini, tetapi mengenangkan merekalah yang bakal mencipta jasa baru bagi ummah akan datang, sekali duka ditolak jauh-jauh. Mendoakan mereka supaya dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang, membaca arahan dan jawab dengan baik.



Syakirah,Zahraa,Widad,Syafiqah,Syuhada,Ilyana,Kamilah,Atia dan Nadzeefah

i.allah nama-nama kamu sentiasa terpahat dalam hati

Kenangan jamuan Mei lalu
Macam-macam di borakkan, antara yang menarik adalah kisah Reem Ar Riyashi yang menjadi iktibar. Seorang ibu kepada dua anak yang menjadi pengebom berani mati di Palestin. Ibu-ibu di sana sanggup berkorban keluarga demi agama. Mudah-mudahan menjadi tauladan buat kita semua.

Kami berkongsi ibrah, pengajaran dan motivasi, bukan hanya saya sahaja yang berkongsi pengisian, malah mereka juga tidak ketinggalan. Pasti saya rindu saat-saat ini, kerana mereka adalah antara pelajar yang rapat dan selalu berkongsi idea selama 2 tahun ini. 

Selepas SPM nanti, kami merancang untuk masak-masak lagi, tapi mereka pula yang akan masakkan untuk saya, gembira, seronok, tak sabar nak tunggu saat itu, mudah-mudahan di izinkanNya.







4 comments:

  1. intan liyana...(lupa dah DQ dulu apa ek..intan kan? huhu lama sgt tk jumpa..tgok raut muka baru teringat...masih manis seperti dulu :)

    ReplyDelete
  2. tiey ni siti fatimah abdul rahman kan?hehe,yelah panggil intan,suka beno ngan oghe kelate,skrg pun dah ngaja kelate,tak de dah manisnya, kelabu asap ada la,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelabu asap dengan penuh wajah dan aura keibuan...Allahu Rabbi :) ada masa kita jupo deh...lamonyer tok jupo..Add Fb ore deh

      Delete
    2. Huhuhu,lama sgt tak jumpa,bila nk balik mesia.?saya dah add dah awak punye tu,ummu alkhair tu sayalah tu huhu

      Delete