Monday 23 December 2013

28: Kelahiran menenangkan dan bersyariat ; satu impian!

Beberapa hari lepas saya berkongsi artikel yang menarik di dalam FB, tajuknya tentang kelahiran secara alami di rumah. Selang sahaja beberapa minit, ramai sahabat-sahabat perubatan yang PM saya agar delete sahaja artikel yang telah dikongsi di FB tadi untuk mengelakkan kontroversi. Mereka menceritakan negatifnya bersalin secara alami di rumah tanpa ditemani pegawai perubatan yang di iktiraf, kerana ianya boleh mendatangkan kematian akibat daripada sebarang implikasi yang tidak terduga.

Betul, saya amat setuju. Bagi saya kita sebagai khalifah utusan Allah, mempunyai akal yang tidak terbatas tidakkan dengan sengaja menempah maut begitu. Perkara sedemikian umpama menggadai nyawa. Proses bersalin bukanlah satu proses main-main dan hanya memandai-mandai. Ianya melibatkan nyawa, 2 nyawa melibatkan si ibu dan si anak, dengan cara bertawakkal sahaja sambil ditemani dengan sang suami yang tidak tahu apa-apa, amat besar kesilapan tersebut. Lainlah suami seorang pegawai perubatan yang diiktiraf, tidak ngapalah juga. Mudah-mudahan dengan pencerahan sahabat perubatan yang sabar, penuh ilmiah, berfakta dan sopan, boleh mencerahkan pandangan sisi kami ini yang cetek. Ya, setiap kita adalah pendakwah, dan daie para doktor ialah orang-orang awam yang cetek ilmunya.

Sebenarnya, dalam pada faham-faham angguk penerangan sahabat perubatan, masih lagi tersimpan dalam hati ini ingin bersalin dengan tenangnya tanpa dimarahi, disindir, diarahkan benda merepek oleh jururawat kesihatan.  Saya mempunyai 3 pengalaman bersalin yang berbeza sementelah sudah mempunyai tiga orang anak.

Pengalaman pertama, saya pernah melahirkan anak di rumah, hanya bertemankan suami dan seorang doula (konon2 hehehe) bernama Siti Khadijah Muhammad Yasin (sahabat saya, kebetulan dia berada di rumah waktu itu). Ini kelahiran anak sulung di Mansurah, Mesir berikutan tidak sempat ke hospital. Pagi jam 8 lebih, air ketuban bocor dan sejam selepas tu saya pun terus bersalin. Baby berusia tujuh bulan di dalam rahim disambut oleh suami dengan begitu cool sekali. Macam tak percaya dan sekelip mata. Sebenarnya seminggu sebelum saya bersalin memang ada keluar darah sedikit dan doktor dah warning saya perlu berhati-hati. Memandangkan rumah berada di tingkat 6 dan kelas pengajian pula hari-hari, terpaksa memandang sepi nasihat doktor, dan akibatnya saya bersalin pre-matured.

Anak kedua juga, alhamdulillah bersalin dengan tenang dan bersyariat. Ketika ini saya bersalin di Hospital Tibah, Tonto, Mesir. Hospital waqaf ini memberi banyak kebajikan kepada pelajar. Rasanya kami hanya membayar dengan kos yang rendah dan mendapat layanan yang sungguh baik walaupun saya adalah warga asing. Alhamdulillah, daripada doktor sehingga pembersih hospital, para kakitangan adalah di kalangan wanita. Jadi, saya tidak perlu risau hal jantina dan aurat ketika bersalin.

Anak ketiga, bersalin di Malaysia dan keadaan ini menimbulkan risau dan trauma saya sehingga sekarang. Saya tidak dilayan dengan adil, dimarah, ditengking, disindir dan tidak dijaga aib. Allahurabbi, sukar sungguh keadaan ketika itu rasanya. Setelah sahaja saya bersalin, tudung saya tidak tahu  dihumban ke mana, padahal ketika diarah membuka tudung, saya pegang kemas tudung supaya senang dipakai ketika masuk wad nanti. Akibatnya, saya disorong ke dalam wad dengan tidak memakai tudung walaupun saya merayu supaya dipakaikan apa-apa sahaja yang boleh tutup kepala. Waktu itu adalah waktu melawat, suami di luar tidak jadi senyum, malah membeliakkan matanya. Kenangan yang amat pahit untuk ditelan.

Barangkali perkara inilah yang ditakutkan oleh ibu-ibu yang mahu bersalin, pengalaman sahabat yang bersalin secara pembedahan juga tidak kurang hebatnya trauma mereka. Pada saya, selagi kita ini memegang title hamba Allah, tiada apa yang perlu disombongkan. Berakhlak mulia itu satu ibadah dan bersikap jujur dan sopan itu satu integriti. Jadi, jika setiap kita merasakan tugas adalah satu amanah, saya rasa tidakkan timbul ibu-ibu, anak-anak dan warga emas yang takutkan hospital, malah rasa-rasanya hospital dahulu yang dicari ketika sakit nanti.

4 comments:

  1. betulla, tp mungkin terlalu ramai pesakit di hospital membuatkan kakitangan hospital menjdi seperti itu, betul2 ramai..jadi bersalin secara alami di rumah boleh membantu mengurangkan pesakit di hospital..sepatutnya rncangan ini disambut baik..kembalikan semula tugas2 bidan-bidan di kampung, tidaklah hospital sarat tggung beban yang melampau...
    jemput singgah pulak blog mengait saya, saya juga menawrkan perkhidmatan kereta sewa, menjual produk sempena raya, seperti kuih raya. Berminat nak masak sendiri nasi arab di rumah, boleh dapatkan pes nasi arab di http://dalilayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Kenangan saya bersalin anak pertama juga agak 'trauma' kerana pegawai perubatan pelatih lelaki dan koyakan yang banyak sehingga dijahit lama. Layanan alhamdulillah sangat baik oleh jururawat cuma bab aurat dan jahitan tu masih teringat-ingat.

    Bila mengandung anak ke-2, saya terbaca berkenaan 'gentle birth'. Saya hadir ke kelas yang diajar oleh seorang doktor O&G. Beliau tidak mengajar untuk bersalin di rumah sebaliknya mengajar dan belajar untuk bersedia bersalin di mana-mana sahaja. Belajar kenal tanda-tanda bersalin, setiap peringkat bersalin, jadi tak kira di mana, rumah, kereta atau hospital, kita sentiasa dapat mengawal apa yang terjadi, dengan izin Allah pastinya.

    Kami merancang untuk bersalin di hospital swasta untuk agar sekurang-kurangnya aurat terjaga insya-Allah. Saya memang berdoa agar dipermudahkan bersalin dengan aurat terjaga dan suami ada di sisi. Alhamdulillah, anak kedua 'ter'bersalin di rumah dengan disambut oleh suami. Suami yang turut hadir ke kelas tersebut tahu peranan dan tidak panik walaupun pada asalnya beliau mabuk darah.

    Saya doakan puan mendapat kelahiran yang menenangkan dan bersyariat untuk anak seterusnya. Teruskan menulis, saya suka membacanya.

    ReplyDelete
  3. Salam. Bagaimana pengalaman bersalin di mesir?

    ReplyDelete
  4. Saya juga turut trauma semasa bersalin buat pertama kali dan jika ada rezeki untuk mengandung lagi, ingin sekali bersalin di hospital swasta dengan nurse dan doktor muslimah.

    ReplyDelete